Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP KURSUS PENYELIA DAN PENGAWAS PADANG TEMBAK KOMBATAN SIRI 2/2019

KHAMIS, 12 Disember 2019 - Majlis penutup Kursus Penyelia dan Pengawas Padang Tembak Kombatan Siri 2/2019 bagi anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, telah pun berlangsung di Sekolah Infantri, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) yang telah bermula pada 17 Oktober 2019 hingga 13 Disember 2019.


Tetamu kehormat bagi majlis tersebut adalah Yang Mulia 581 Leftenen Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Ketua Jurulatih IL ABDB. Tetamu kehormat turut menyampaikan ucapan dimana beliau menekankan kepentingan menjaga  keselamatan semasa menjalankan latihan atau aktiviti-aktiviti yang bersangkut-paut dengan penyeliaan dan pengawasan padang tembak.   

Seramai 30 anggota telah menghadiri kursus ini terdiri daripada Pegawai-Pegawai dan PTB-PTB Kanan dari unit Kementerian Pertahanan,  Tentera Udara Diraja Brunei, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan agensi luar iaitu 3 anggota dari Pasukan Polis Diraja Brunei turut menghadiri kursus tersebut. 

Tujuan Kursus Penyelia dan Pengawas Padang Tembak ini adalah untuk melayakkan peserta untuk mahir dalam tatacara pengendalian padang tembak. Disepanjang kursus ini peserta kursus telah didedahkan cara pengendalian sebagai penyelia dan pengawas padang tembak dan dalam masa yang sama kursus ini juga membuka minda dan menambah pengetahuan kepada peserta kursus.   Diantara mata pelajaran yang telah diajarkan ialah Penyelengaraan Padang Tembak, Latihan Pengendalian Menembak Peluru Hidup (MPH 1 hingga MPH 7), Range Detail, Tatacara Pengisian BAF207 (Pengeluaran, Penjagaan dan Keselamatan), Teori Tembakan Senjata Kecil dan Senjata Automatik, Melaras Senjata, Pengenalan Bahan Letupan seperti RGW 60 HEAT, M203 dan SFG 87.

Kursus ini dijalankan selama lapan minggu bertujuan untuk melahirkan serta melayakkan Pegawai-pegawai dan PTB-PTB kanan supaya berkemahiran dan berpengetahuan di dalam tatacara pengendalian padang tembak. 17305 Sjn Mohd Noorsalehan bin Ali Safari daripada Kompeni Rekrut, IL ABDB telah merangkul ‘Penuntut Terbaik Keseluruhan’. Manakala ‘Penuntut Terbaik Teori’ disandang oleh 17306 Sjn Azmin bin Othman daripada SI IL ABDB dan ‘Penuntut Terbaik Amali’ diraih oleh 16874 Sjn Norerman bin Asfar daripada Kompeni Rekrut IL ABDB. 

Secara Keseluruhannya semua anggota peserta Kursus Penyelia dan Pengawas Padang Tembak Siri 2/2019 ini telah lulus dengan jayanya dan mencapai matlamat yang dikehendaki bagi memimpin dan merancang apa jua perintah dan tugas yang diamanahkan.