Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP: PENYAMPAIAN SIJIL DAN ANUGERAH BAGI KURSUS TEMPUR KETUA PLATUN 2019

thumbnail_IMG-20191209-WA0004.jpgPENANJONG GARISON, Juma’at, 06 Disember 2019 - Majlis Penutupan Rasmi  Kursus Tempur Ketua Platun sesi 2019 telah diadakan di Mes Pegawai Penanjong Garison yang dihadiri oleh Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan, selaku tetamu kehormat majlis. Turut hadir ialah Ketua Jurulatih Institut Latihan, Timbalan Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri serta pegawai-pegawai jemputan.

Majlis tersebut dijalankan untuk meraih kejayaan 15 pegawai muda yang terdiri daripada 2 pegawai dari Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), 2 pegawai dari 1Bn TDDB, 2 pegawai dari 2Bn TDDB, 2 pegawai dari 3Bn TDDB, 3 pegawai dari Bn Bantu TDDB, 3 pegawai dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan 1 pegawai dari Institut Latihan ABDB. Kursus tersebut mengambil masa selama 8 minggu dimana ianya digabungkan dengan Kursus Tempur Platun Sarjan untuk mendapatkan pendekatan yang lebih realistik.

Acara pada malam tersebut dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Leftenan (U) Muhd Ady Hazriyatul Fadillah Faez bin Haris Fadillah dan disambung dengan ucapan ringkasan pengelasan dan pencapaian dari Leftenan Muhd Azmi bin Abd Latif, Ketua Cawangan Lain-lain Peringkat.

Acara diteruskan dengan sesi pembentangan reflection kursus yang disampaikan daripada peserta-peserta kursus.  Upacara diteruskan dengan penyampaian sijil dan anugerah terbaik. 1211 Leftenan Umar Abdul Aziz bin Yahya dari 3Bn TDDB telah menerima anugerah Teori dan Keseluruhan Terbaik manakala 1210 Leftenan Sheril Shahizwan bin Tikom dari Bn Bantu TDDB telah menerima anugerah Amali Terbaik.

Acara tersebut diakhiri dengan ucapan tahniah dan penutupan resmi kursus dari Yang Mulia Tetamu Kehormat. Intipati ucapan beliau menekankan tiga aspek iaitu yang pertama peka dalam tanggungjawab, Kedua ialah mendedahkan diri dengan mengambil kesempatan atau peluang terhadap tugas-tugas yang diberikan dan ketiga kepentingan dalam mengimbangi hidup bekerja.

thumbnail_IMG-20191209-WA0003.jpg
IMG-20191209-WA0007.jpg
IMG-20191209-WA0006.jpg