Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP KURSUS KOMPENI KUARTER MASTER SARJAN SIRI 2/2019

‚ÄčPENANJONG GARISON, JUMAAT 06 Disember 2019. Upacara Penutup Kursus bagi Kompeni Kuarter Master Sarjan Siri 2/2019 telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Seramai 39 anggota telah menamatkan kursus tersebut yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei seramai 23 orang, seorang daripada  Tentera Udara Diraja Brunei,  6 orang daripada Institut Latihan ABDB, 3 orang daripada Kementerian Pertahanan dan 06 orang daripada Pasukan Simpanan Gurkha Sungai Akar. Kursus ini berjalan selama 3 minggu yang dikendalikan Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB. Ianya adalah salah satu kursus mandatori bagi setengah anggota ABDB untuk kenaikkan pangkat dan membolehkan para anggotanya untuk melayakkan memegang jawatan yang ada.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat, 870 Mejar Haji Hainul Andika bin Haji Tinggal, Ejutan Markas Garison Penanjong Garison. Turut hadir ketua-ketua cawangan, jurulatih-jurulatih kanan dan jemputan dari Pasukan Simpanan Gurkha. Penutup Kursus diadakan bertempat di Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB. Penuntut terbaik keseluruhan telah disandang oleh 16811 Sjn Khairulanwar bin Haji Latif dari unit Bn Bantu TDDB, manakala 18142 Sjn Ekramul Huttamah @ Ekram bin Abdullah dari unit IL ABDB telah terpilih menjadi penuntut Terbaik Amali.

 

Yang Mulia 870 Mejar Hj Hainul Ardika bin Haji Ali dalam ucapannya bahawa kursus ini dibentuk untuk mempertingkatkan tahap pengetahuan serta kefahaman yang perlu ada bagi setiap anggota yang diamanatkan sebagai penyelanggara stor sub-unit di dalam angkatan tentera ataupun agensi pertahanan yang lain. di dalam kursus ini juga perserta kursus telah di dedahkan berkenaan dengan perakaunan dan borang-borang yang digunakan didalam sub-unit serta tatacara permintaan keperluan harian ke kuarter master, apa yang diharapakan, para perserta kursus ini supaya akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang tinggi dengan memahami undang-undang keselamatan yang sedia ada.