Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS APRESIASI BAGI PELAJAR TAHUN 2019, SEKOLAH RENDAH BINTURAN TUTONG, KLUSTER 5, PENANJONG GARISON.

PENANJONG GARISON, ISNIN 25 NOVEMBER 2019 –, Sekolah Rendah Binturan Tutong, Kluster 5, Penanjong Garison telah mengadakan Majlis Apresiasi Pelajar bagi tahun 2019 bagi menzahirkan tanda penghargaan dan tahniah kepada semua pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2019.

Tetamu kehormat bagi acara tersebut ialah Yang Mulia  Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).
Majlis tersebut dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan dari semua pelajar-pelajar dan diteruskan dengan ucapan dari Guru Besar Sekolah Rendah Binturan Tutong, yang mana beliau mengungkapkan tahniah serta syabas kepada pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang dan mengharapkan agar pelajar-pelajar lain akan dapat mengikut jejak langkah pelajar-pelajar cemerlang dan meningkatkan lagi mutu pembelajaran di masa akan datang. Seterusnya Tetamu Kehormat menyampaikan sijil kepada penerima sijil-sijil pelajar cemerlang yang mana anugerah bagi Pelajar Cemerlang Rendah Bawah 2019 adalah seramai 18 orang,  Pelajar Cemerlang bagi Rendah Atas seramai 12 orang serta anugerah-anugerah bagi pelajar yang cemerlang 
ko-korikulum sekolah adalah seramai 16 orang.

Majlis tersebut juga diserikan dengan persembahan nyanyian koir dan drama muzikal serta diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama Tetamu Kehormat.