Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP KURSUS ALL ARMS STAFF AND TACTICS COURSE (AASTC) SIRI 2019

thumbnail_IMG-20191128-WA0007.jpg PENANJONG GARISON, Khamis 28 Oktober 2019 – Majlis Penutup All Arms Staff and Tactics Course (AASTC) Siri 2019 telah berlangsung bertempat di Mes Pegawai, Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). 

Diantara pengisian majlis tersebut ialah bacaan Surah Al-Fatihah yang telah diketuai oleh Yang Mulia Mejar Hj Mohammad bin Hj Ahmad. Majlis diteruskan dengan tayangan video kursus serta ucapan penghargaan daripada wakil penuntut Kursus AASTC yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Mejar Hj Nasrul Hadi bin Hj Othman. Seterusnya majlis diikuti dengan penyampaian ulasan perjalanan kursus oleh Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri, IL ABDB, Yang Mulia Mejar Hj Mohammad Alimin bin Hj Subohi.

 
Acara kemuncak majlis tersebut ialah penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus yang telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat majlis dan diikuti dengan penyampaian sijil Penuntut Terbaik Keseluruhan yang dianugerahkan kepada Yang Mulia Mejar Abd Aziz bin Hj Razali.
 
Dipenghujung majlis tersebut Tetamu Kehormat berkesudian untuk memberikan ucapan serta penutupan rasmi bagi Kursus AASTC Siri 2019 dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai. Majlis seterusnya beredar ke ruang jamuan ringan.

thumbnail_IMG-20191128-WA0007.jpg
thumbnail_IMG-20191128-WA0006.jpg
thumbnail_IMG-20191128-WA0005.jpg

CLOSING CEREMONY ALL ARMS STAFF AND TACTICS COURSE (AASTC) 2019

PENANJONG GARRISON, Thursday 28 October 2019 – The closing ceremony of AASTC 2019 was organized at Penanjong Garrison Officer’s Mess. The Guest of Honor was Colonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman, Commandant Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF).
 
The event began with the recital of Surah Al-Fatihah and Doa led by Major Hj Mohammad bin Hj Ahmad. The event continued with a presentation of the course video. Afterward, Major Hj Nasrul Hadi bin Hj Othman conveyed an appreciation speech followed by a summary of the course by Acting Commanding Officer, School of Infantry, Major Hj Mohammad Alimin bin Hj Subohi.
 
12 RBAF officers successfully attended the AASTC 2019 which commenced from 07 October 2019. Sequentially the event transited to certificate presentation by the Commandant TI RBAF and awarding Best Student certificate to Major Abd Aziz bin Hj Razali for his outstanding achievements throughout the course.
 
This was followed by closing remarks from Guest of Honor and officiated the closing of the course. The guest of honor and guests were invited for a group photo-taking session, followed by refreshment and signage of parchment.