Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN KOPERAL SIRI 3/2019

PENANJONG GARISON, KHAMIS 28 NOVEMBER 2019 – Majlis Penutup Kursus Kepimpinan Koperal Siri 3/2019 telah berlangsung di Bilik Kuliah Halbi, Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Hadir selaku tetamu kehormat majlis tersebut ialah Mejar Dyg Siti Nur 'Afiqah binti Awg Haji Morsidi, Pegawai Memerintah Pusat Evolusi, IL ABDB. Kursus tersebut telah dijalankan selama dua minggu bermula pada 18 November 2019 hingga 29 November 2019.

Seramai 48 orang anggota ABDB telah menghadiri kursus tersebut. Salah satu tujuan kursus ini dikendalikan adalah untuk menerapkan kemahiran kepimpinan, intelektual, perancangan dan penerbitan. Ianya juga untuk mempersiapkan peserta kursus untuk mempraktikkan pelajaran yang telah dipelajari di unit masing-masing.

Seterusnya Tetamu Kehormat Majlis berkesudian untuk menyampaikan sijil serta menzahirkan ucapan tahniah kepada semua peserta-peserta kursus di atas usaha yang jitu serta dedikasi di sepanjang kursus ini dijalankan. Dalam kesempatan itu juga, Tetamu Kehormat Majlis juga menjelaskan bahawa Kursus Kepimpinan Koperal merupakan satu titik permulaan bagi anggota yang berpangkat Koperal bukan sahaja berperanan sebagai pemimpin yang penting di unit masing-masing bahkan sebagai tulang belakang dan membantu memimpin organisasi mencapai kecemerlangan.