Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI SEKOLAH RENDAH AHMAD TAJUDDIN, KUALA BELAIT
PENANJONG GARISON, RABU 27 NOVEMBER 2019 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menerima lawatan sambil belajar dari penuntut-penuntut dari Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin, Kuala Belait.

Rombongan lawatan tersebut terdiri daripada 09 orang guru pengawas dan 66 orang penuntut. Lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan penerangan secara ringkas kepada penuntut-penuntut mengenai latihan-latihan ketenteraan yang dijalankan di IL ABDB.
 
Aturcara lawatan telah dimulakan dengan sesi taklimat mengenai Organisasi IL ABDB dan unit-unit utama ABDB. Selepas itu rombongan lawatan berkesempatan untuk menyaksikan pertunjukkan Kawad Senjata dan Kawad Tongkat dari peserta kursus Kompeni Skuadron Sarjan Mejar Sesi 2019. 

Sejurus selepas itu, lawatan diteruskan ke Pusat Latihan Simulasi atau Training Simulation Center dan penuntut-penuntut berpeluang untuk melihat sendiri tatacara menembak menggunakan senjata-senjata yang terdapat di pusat simulasi tersebut. Lawatan telah diakhiri dengan melihat secara dekat pameran ikhtiar hidup dan menikmati jamuan ringan di Dewan Nikmat.