Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP KURSUS WATCHKEEPER SIRI 2/2019
11.pngPENANJONG GARISON, ISNIN, 25 NOVEMBER 2019 – Satu majlis penutupan kursus bagi Kursus Watchkeeper Siri 2/2019 telah berlangsung di Bilik Theatre, Sekolah Infantri Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Mejar Amiza binti Haji Zainal Abidin, Pegawai Pentadbir Cawangan Perkembangan Pegawai, Sekolah Infantri Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai, Ketua-ketua Cawangan dan Jurulatih-jurulatih Sekolah Infantri Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Kursus Watchkeeper Siri 2/2019 telah dihadiri oleh 30 anggota PTB-PTB Kanan dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang terdiri daripada 04 anggota daripada Tentera Darat Diraja Brunei, 06 anggota daripada Tentera Laut Diraja Brunei, 11 anggota daripada Tentera Udara Diraja Brunei, 04 anggota daripada Rejimen Pasukan Khas dan 05 anggota daripada Kementerian Pertahanan yang telah menjalani kursus bermula daripada 01 November 2019 sehingga 25 November 2019. Melalui kursus ini, peserta kursus telah diajarkan prosedur, tugas dan tanggungjawab serta tatacara mentadbir selaku Duty Watchkeeper di bilik operasi atau gerakan untuk dimanfaatkan mengikut kesesuaian pada mana-mana latihan mahu pun operasi gerakan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Pengisian majlis tersebut, Tetamu Kehormat Majlis mengucapkan tahniah kepada semua peserta kursus di atas usaha yang jitu serta dedikasi mereka di sepanjang menghadiri kursus. Disamping itu juga, Tetamu Kehormat Majlis juga menyeru kepada anggota untuk perlu mengambil perhatian dan komitmen yang penuh dalam menjalankan tugas selaku Duty Watchkeeper kerana ianya berperanan penting dalam bertindak untuk mengumpul segala maklumat semasa dengan mengambil tindakan yang wajar berdasarkan kepada laporan yang diterima. Peserta-peserta kursus juga diseru agar sentiasa berfikiran jauh ke hadapan dalam usaha meningkatkan keupayaan diri lebih-lebih lagi dengan terdedahnya kepada network centric environment yang semakin mencabar. Adalah diharapkan dengan adanya kursus ini, anggota-anggota ABDB dibekalkan dengan kemahiran yang dinamik dan berkemampuan berfikir di luar kotak serta mempunyai semangat yang tinggi dalam menghadapi cabaran yang kontemporari dan asymetric sekaligus dapat merealisasikan visi dan misi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

11.png
22.png
44.png
55.png
33.png