Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI SEKOLAH RENDAH PENGIRAN SETIA NEGARA PG. MOHD. YUSOF, DAERAH KUALA BELAIT DAN SEKOLAH UGAMA BINTURAN, DAERAH TUTONG KE INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

6.jpgPENANJONG GARISON, SELASA 26 NOVEMBER 2019 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menerima lawatan sambil belajar dari penuntut-penuntut Sekolah Rendah PSN Pg. Mohd. Yusof, Daerah Kuala Belait pada sebelah pagi dan Sekolah Ugama Binturan, Daerah Tutong pada sebelah petang.

Rombongan lawatan tersebut terdiri daripada 04 orang guru pengawas dan 17 orang penuntut pada sebelah pagi. Manakala, pada sebelah petang seramai 06 orang guru dan 26 penuntut. Lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan penerangan secara ringkas kepada penuntut-penuntut mengenai latihan-latihan ketenteraan yang dijalankan di IL ABDB.
Aktiviti lawatan telah dimulakan dengan sesi  taklimat mengenai Organisasi IL ABDB dan unit-unit utama ABDB. Selepas itu rombongan lawatan berkesempatan untuk menyaksikan pertunjukkan Kawad Senjata dan Kawad Tongkat dari peserta kursus. Aktiviti lawatan diteruskan ke Pusat Simulasi Latihan dan  penuntut-penuntut berpeluang untuk melihat sendiri tatacara menembak menggunakan senjata-senjata yang terdapat di pusat simulasi tersebut. Lawatan telah diakhiri dengan menikmati jamuan ringan di Dewan Nikmat dan acara bergambar ramai.

2.JPG
3.jpg
4.jpg
5.jpg
6.jpg
7.jpg
9.jpg
8.jpg
1.jpg