Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

SESI MUZAKARAH YANG MULIA KOMANDAN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BERSAMA PESERTA KURSUS ALL ARMS STAFF AND TACTICS COURSE (AASTC) 2019.
​PENANJONG GARISON, Khamis, 17 Oktober 2019 – Sesi muzakarah bersama Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) bersama penuntut-penuntut All Arms Staff and Tactics Course (AASTC) bagi tahun 2019 telah berlangsung di Bilik Kuliah, Sekolah Infantri IL ABDB.
 
Kursus ini dihadiri oleh 12 orang Pegawai-Pegawai dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang terdiri daripada 07 Pegawai daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), 02 Pegawai daripada IL ABDB dan 03 Pegawai daripada Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) yang masih menjalani kursus bermula pada 07 Oktober 2019 sehingga 29 November 2019.
 
Semasa sesi Permuzakarahan tersebut, Yang Mulia Komandan IL ABDB telah menyampaikan 03 perkara penting dalam meningkatkan kualiti seseorang Pegawai. Perkara pertama adalah perwatakan (Character) seorang Pegawai akan mencerminkan individu dari peringkat asas hingga ke tahap profesional. Perwatakan perlu selari dengan keperluan dan objektif ABDB tanpa ada sikap mementingkan diri sendiri. Perkara kedua menekankan kepada kelestarian kendiri yang mana ianya mengambarkan seorang Pegawai perlu menggunakan kebijaksanaan berlandaskan aspek hormat-menghormati dan penggunaan kuasa dalam pengendalian tugas staf (Staff) mahupun memerintah (Command). Manakala perkara ketiga adalah tertumpu kepada rancangan hadapan (plan for way forward). Perspektif ini akan membantu seorang pegawai dalam memberikan keputusan tegas serta menaikkan semangat berpasukan dalam sesuatu organisasi. Secara keseluruhan, intipati nasihat yang diberikan adalah sebagai satu dorongan bagi membentukkan konsep kepimpinan yang lebih utuh dan cemerlang.
 
Sesi Permuzakarahan tersebut diakhiri dengan sesi soal-jawab diantara Komandan IL ABDB dan peserta AASTC 2019, sesi bergambar ramai diikuti dengan Makan Tengahari.
 



 
COMMANDANT'S TALK WITH ALL ARMS STAFF AND TACTICS COURSE (AASTC) 2019 COURSE PARTICIPANTS.
 
PENANJONG GARRISON, Thursday, 17 October 2019 – An interacting session with Colonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman, Commandant TI RBAF with 12 course participants from the AASTC 2019 was conducted at Lecture Room, SOI TI RBAF, Penanjong Garrison.
 
Throughout the session, the commandant had shared three main qualities of a good officer. Firstly, the character of an officer will be reflected from the beginning of his/her career until own current state. These characters should be aligned with the RBAF requirements without considering self-prioritization.
 
Secondly, he emphasized on the sustainability in self-administration. The commandant highlighted the self-correction and self-reflection attitude in order to aid the empowerment of respect and power. Thirdly, a plan for way forward is vital to assist in delivering firm decision making and boosting strong cohesion and morale of the particular organization. In summary these fundamental should be utilize as driving mechanism to build more efficient and effective leadership.
 
The Commandant's Talk concluded with an engaging question and answer session followed by group photo and luncheon.