Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

LAWATAN PERPISAHAN DARIPADA ATASE PERTAHANAN REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT LAOS
PENANJONG GARISON, Selasa, 15 Oktober 2019 – Yang Mulia Kolonel Keosouvanh Phangphilavong, Atase Pertahanan Republik Rakyat Laos telah membuat kunjungan perpisahan kepada Yang Mulia Kolonel Muhammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut ialah Timbalan Komandan IL ABDB dan Ketua Jurulatih IL ABDB.

 

Semasa kunjungan tersebut, kedua belah pihak mengesahkan hubungan rapat yang sekian lama terjalin di antara IL ABDB dan Angkatan Bersenjata Rakyat Laos, serta melestarikan kemajuan yang telah dicapai dalam meningkatkan hubungan kerjasama menerusi pelbagai interaksi seperti pertukaran lawatan, kursus, pertukaran profesional, latihan.

 
YM Komandan IL ABDB juga memberi jaminan hubungan dua hala di antara kedua-dua buah angkatan tentera dan negara akan terus diperkukuhkan lagi. Kedua-dua belah pihak jua menyatakan rasa puas hati dengan hubungan rapat yang telah terjalin sekian lama dan berharap untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan di masa akan datang.
 

Sebelum mengakhiri lawatan, Kolonel Phangpilavong menyampaikan ucapan terima kasih kepada IL ABDB di atas dedikasi, sokongan dan komitmen yang telah diberikan disepanjang tempoh perkhidmatan beliau serta melahirkan keyakinan beliau IL ABDB akan berkembang maju di masa akan datang.


FAREWELL VISIT BY DEFENCE ATTACHE'
OF LAO PEOPLE'S DEMOCRATIC REPUBLIC
 
PENANJONG GARRISON, Tuesday, 15 October 2019 – Colonel Keosouvanh Phangphilavong, Defence Attache' Lao People's Democratic Republic made a farewell visit to Colonel Muhammad Shafiee bin Haji Duraman, Commandant of Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF). Also present during the call was Deputy Commandant TI RBAF and Chief Instructor TI RBAF. 
 
During the call, both sides reaffirmed the long-standing close relationship between the TI RBAF and Lao People's Armed Forces, and acknowledged the good progress made in enhancing the relationship, which is bolstered through a multitude of interactions such as exchange of visits, cross-attendance of courses, professional exchanges, trainings.
 
The Commandant of TI RBAF also expressed his satisfaction to cordial bilateral relations between Brunei Darussalam and the Lao People's Democratic Republic. Both sides also expressed their satisfaction on the long-standing relationship and looked forward to boost defence cooperation in the future.
 
Before concluding his visit, Colonel Phangphilavong expressed his appreciation to TI RBAF for its dedication, support and commitment during his tenure. He also expressed his confidence that the TI RBAF will continue progress and prosper.