Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS MORTAR OFFICER/ WARRANT OFFICER, COMMAND POST OPERATOR (CPO)/ ASSISTANT COMMAND POST OPERATOR (ACPO) DAN MORTAR FIRE CONTROLLER (MFC) 2019.

miki3.jpgPenanjong Garison, Isnin, 10 Oktober 2019 - Majlis Pembukaan Kursus Mortar Officer/ Warrant Officer, Command Post Operator (Cpo)/ Assistant Command Post Operator (Acpo) Dan Mortar Fire Controller (Mfc) 2019 telah berlangsung bertempat di Training Simulation Centre, Royal Brunei Technical Service (TSC, RBTS), Penanjong Garison. Majlis pembukaan kursus tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pengendali, Kapten Khairul Arifin bin Awang Adanan, Ketua Cawangan Latihan Senjata Ringan dan Berat, Sekolah Infantri, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Kursus ini dihadiri oleh 1 orang pegawai dan 26 anggota dari Unit TDDB, ABDB bermula pada 10 Oktober 2019 sehingga 17 Disember 2019.

Kursus tersebut dijalankan selama 12 minggu oleh Sekolah Infantri Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Kursus ini bertujuan bagi melayakkan pegawai menjadi seorang Pegawai Mertak yang berwibawa didalam menjalankan latihan dan eksesais menembak peluru hidup samada di dalam dan luar negeri dan secara langsung menjadi penasihat kepada Pegawai Pemerintah atau yang lebih tinggi dalam menjayakan rancangan tembakan di dalam unit masing- masing. Manakala bagi Lain- Lain Peringkat adalah bertujuan untuk menaiktaraf kepakaran mereka kepada peringkat seterusnya bagi melancarkan organisasi Platun Mertak itu sendiri. Seramai 6 Jurulatih bantuan yang terdiri daripada Unit TDDB, termasuk juga 2 Jurulatih bantuan daripada RBTS. 

miki2.jpg

miki1.jpg