Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

​MAJLIS PEMBUKAAN RASMI KURSUS TEMPUR KETUA PLATUN DAN TEMPUR PLATUN SARJAN SESI 2019 CAWANGAN PERKEMBANGAN PEGAWAI DAN CAWANGAN PERKEMBANGAN LAIN-LAIN PERINGKAT SEKOLAH INFANTRI INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
miza1''.jpgPENANJONG GARISON, ISNIN 14 OKT 2019 -  Majlis Pembukaan Rasmi Kursus Tempur Ketua Platun dan Tempur Platun Sarjan sesi 2019 telah berlangsung di Sekolah Infantri Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SI IL ABDB).
 
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut, Yang Mulia Mejar Amiza bte Hj Zainal, Pegawai Pentadbiran Cawangan Perkembangan Pegawai, SI IL ABDB. Turut hadir pada majlis tersebut  PW1 Hj Rudy Eyan Radziddillah bin Hj Bidin, Pegawai Waran Latihan, Cawangan Latihan Peperangan Hutan(CLPH), PW1 Birosleh bin Abi, Pegawai Latihan Cawangan Latihan senjata Ringan & Berat, Jurulatih-Jurulatih Cawangan Latihan Peperangan Hutan(CLPH) dan Cawangan Latihan Perkembangan Lain-lain Peringkat(CPLLP).
 
Majlis telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang telah dipimpin oleh Muhammad Syakir Farhan bin hj Omar, Imam Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Majlis diteruskan dengan ucapan pembukaan rasmi oleh Tetamu Kehormat dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.
 
Kursus Tempur Ketua Platun dan Tempur Platun Sarjan sesi 2019 dijalankan selama lapan minggu bermula pada 14 Oktober 2019 sehingga 06 Disember 2019. Kursus ini dijalankan bagi melatih anggota kursus untuk lebih cekap serta berkeupayaan dalam menjalankan tugas,  tanggungjawab dan perlaksanaan operasi di peringkat Platun.

miza3.jpg
miza2.jpg