Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP KURSUS PENINGKATAN TEKNISYEN ARMAMEN SESI 2019 DAN KURSUS PEMBAIKAN DAN PEMELIHARAAN SENJATA RINGAN BAGI AGENSI LUAR SESI 2019
Penanjong Garison, Jumaat 11 Oktober 2019 – Seramai 02 orang peserta kursus yang terdiri daripada anggota Kejuruteraan Darat, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei dan seramai 06 anggota dari Pasukan Polis Diraja Brunei telahpun menamatkan kursus yang bermula pada 09 September hingga 04 Oktober 2019 dan 19 Ogos hingga 11 Oktober 2019.
 
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Mej Hj Mohd Fadhil bin Dato Paduka Hj Said, Pegawai Memerintah Cawangan Latihan Teknikal Darat, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB.
 
Turut hadir pada majlis tersebut ialah ASP Pg Hj Khairul Anuar bin Pg Hj Ahmad, Pemangku Pegawai Memerintah Pasukan Simpanan Polis B Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei.
 
Kursus yang dikendalikan selama 08 minggu ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas pemeliharaan dan pembaikan senjata ringan.
 
Kursus ini telah melatih anggota-anggota teknisyen Pasukan Polis Diraja Brunei bagi meningkatkan mutu penjagaan persenjataan ditahap yang tinggi dan didalam keadaan selamat untuk digunakan.