Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PERPISAHAN DAN PENGHARGAAN KAKITANGAN AWAM DI MES PW, SSJN DAN SJN, PENANJONG GARISON

4A.pngPENANJONG GARISON, Jumaat, 04 Oktober 2019 – Majlis perpisahan dan penghargaan bagi 10 orang kakitangan awam Mes PW, SSjn & Sjn, Penanjong Garison telah diadakan di Mes PW, SSjn & Sjn, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Sarjan Mejar Rejimen(SMR), Sarjan Mejar Garison(SMG) serta PTB-PTB Kanan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).
 
Acara telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Al-Fatihah yang telah dipimpin oleh 18142 Sarjan Ekramulhutttamah @ Ekram bin Abdullah, Jurulatih Cawangan Latihan Memandu, Sekolah Pertukangan Tentera. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati penghargaan kepada kakitangan awam telah disempurnakan sendiri oleh Tetamu Kehormat dan seterusnya menikmati jamuan.
 
Antara pengisian Majlis tersebut ialah penyampaian ucapan penghargaan kepada kakitangan-kakitangan yang diraikan diatas jasa yang telah disumbangkan disepanjang berkhidmat di Mes PW, SSJn & Sjn Penanjong Garison. Didalam kesempatan itu juga, Yang Mulia Tetamu Kehormat telah memberikan kata-kata nasihat dan semangat kepada mereka yang akan ditukarkan ke tempat bertugas yang baru.

2A.png
1.png

3A.png