Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ACARA MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PERINGKAT PTB-PTB KANAN DAN PTB-PTB RENDAH INSTITUT LATIHAN ABDB

muzakarah 1.jpgPENANJONG GARISON, Isnin, 07 Oktober 2019 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 22 orang anggota terdiri daripada 09 anggota PTB-PTB Kanan dan 13 anggota PTB-PTB Rendah Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison. Majlis tersebut telah berlangsung di Mes PW/SSjn & Sjn bagi PTB Kanan dan majlis kenaikan PTB Rendah telah diadakan di Dewan Nikmat IL ABDB, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan ABDB yangmana telah menyampaikan lencana pangkat kepada anggota-anggota yang dinaikan pangkat. Turut menyaksikan majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan Institut Latihan ABDB, Pegawai-Pegawai Institut Latihan ABDB, Pegawai Waran, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah Institut Latihan ABDB.

Majlis Kenaikan Pangkat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Suhaimi bin Abdullah, Guru Ugama Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison dan seterusnya penyampaian pangkat oleh Tetamu Kehormat dan diakhiri dengan Doa Kesyukuran.

PHOTO-2019-10-07-16-06-00 (2).jpg
PHOTO-2019-10-07-16-06-00 (6).jpg
PHOTO-2019-10-07-16-06-00 (4).jpg
PHOTO-2019-10-07-16-06-00 (5).jpg
PHOTO-2019-10-07-16-06-00 (3).jpg