Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT PENANJONG GARISON 2019

muzakarah 1.jpgPENANJONG GARISON, KHAMIS 03 OKTOBER 2019 – Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Penanjong Garison telah diadakan bagi menzahirkan tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua guru-guru dan jurulatih-jurulatih di atas jasa serta sumbangan mereka dalam mendidik anak bangsa.

Tetamu kehormat bagi acara tersebut  ialah Yang Mulia  Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).

Di antara pengisian majlis tersebut ialah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran (Surah Al-Mukminun ayat 1-11) yang telah dibacakan oleh 18032 Kpl Nazirul bin Hj Asmat, Johan Pertandingan Musabaqah Al-Quran Peringkat ABDB tahun 2017. Majlis diteruskan dengan ucapan dari Tetamu Kehormat majlis di mana dalam ucapan beliau menyatakan bahawa guru adalah sebagai satu aset dan role model yang bernilai tinggi dan menyampaikan beberapa kata-kata nasihat kepada semua guru-guru dan jurulatih-jurulatih agar sentiasa menjaga kepentingan etika kerja, disiplin dan tatasusila serta adat resam semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab. 

Semua itu perlu sentiasa dipelihara agar ianya tidak terhakis oleh pengaruh-pengaruh negatif yang semakin menular pada ketika ini. Majlis tersebut juga diserikan dengan persembahan nyanyian koir dan tayangan klip video khas sempena hari guru dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama Tetamu Kehormat. 
4w.jpg
3w.jpg
8w.jpg
7w.jpg6w.jpg
5w.jpg
695279.jpg