Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP KURSUS BAGI KURSUS INTERMEDIATE OFFICERS TACTICS COURSE SESI 2019, KURSUS KEPIMPINAN PEGAWAI WARAN SIRI 1/2019, KURSUS PERTENGAHAN DAN LANJUTAN PEMANDU SESI 2019, KURSUS MEMANDU LESEN KELAS 6 SESI 2019 DAN INTERMEDIATE ENGLISH COURSE SIRI 2

muzakarah 1.jpgPenanjong Garison, Jumaat, 20 September 2019 – Satu majlis penutupan kursus bagi Kursus Intermediate Officers Tactics Course sesi 2019, Kursus Kepimpinan Pegawai Waran siri 1/2019, Kursus Pertengahan dan Lanjutan Pemandu sesi 2019, Kursus Memandu Lesen Kelas 6 sesi 2019 dan Intermediate English Course siri 2/2019 telah berlangsung di Dewan Nikmat, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

IMG-20190923-WA0019.jpg

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, jemputan-jemptuan khas, guru-guru, dan jurulatih -jurulatih Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Kursus Intermediate Officer Tactic Course sesi 2019 telah dihadiri oleh 19 Pegawai-pegawai dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang terdiri daripada 8 pegawai daripada Tentera Darat Diraja Brunei, 1 pegawai dari Tentera Udara Diraja Brunei, 3 daripada Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan 7 daripada Kementerian Pertahanan yang telah menjalani kursus bermula daripada 8 Julai 2019 sehingga 30 Ogos 2019. Melalui kursus ini, peserta kursus telah diajarkan taktik dan melaksanakan proses perancangan diperingkat operasi dan taktikal. Anugerah penuntut terbaik bagi kursus tersebut disandang oleh 843 Kapten Ali Saufi bin Hj Ali Sofian dari unit Tentera Darat Diraja Brunei.

Manakala Kursus Kepimpinan Pegawai Waran siri 1/2019 telah dihadiri oleh 57 anggota daripada unit-unit Angkatan Tentera yang telah bermula daripada 26 Ogos 2019 dan berakhir pada 20 September 2019. Kursus ini dikendalikan oleh Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan, Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Melalui kursus ini, para peserta kursus telah didedahkan kepada mata pelajaran teori dalam aspek kepimpinan berserta pengurusan.
 
Bagi Kursus Intermediate English siri 2/2019 pula telah dihadiri oleh 34 anggota unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang mana kursus ini bermula pada 23 Ogos 2019 dan berakhir 20 September 2019 dan dikendalikan oleh Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Kursus ini berfungsi sebagai lanjutan daripada Kursus Asas sebelumnya, memberi tumpuan kepada peserta kursus dengan pengetahuan pertengahan dalam empat kemahiran ; iaitu mendengar, berbicara, membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris. Anugerah Penuntut Terbaik didalam Peningkatan disandang oleh 50957 Laskar Muda Azim bin Jamil dari unit Tentera Laut Diraja Brunei. Manakala anugerah Penyampaian Lisan Terbaik pula disandang oleh 21419 Lans Koperal Norhayati binti Haji Abdul Rahim. Anugerah Penuntut Terbaik keseluruhan bagi Kursus ini disandang oleh 50543 Lans Koperal Md Shahrizal bin Mohd Sazlain dari unit Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
 
Kursus Pertengahan dan Lanjutan Pemandu sesi 2019 telah dihadiri oleh 21 anggota daripada unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bermula pada 23 Julai 2019 yang lalu dan berakhir pada 20 September 2019.  Kursus ini dikendalikan oleh Cawangan Latihan Memandu, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Anugerah penuntut terbaik bagi kursus ini disandang oleh 17990 Lans Koperal Ak Ermy Mazhnizam bin Pg Hj Muhamad unit Platun Kenderaan, Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei.
 
Manakala bagi Kursus Memandu Lesen Kelas 6 sesi 2019 telah dihadiri oleh 31 anggota daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.  Kursus ini bermula pada 23 Ogos 2019 dan berakhir pada 20 September 2019 yang telah dikendalikan oleh Cawangan Latihan Memandu, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Anugerah Penuntut Terbaik bagi Tatacara Memandu disandang oleh 17766 Koperal Muhd Rizan bin Abdullah dari unit Platun Kenderaan Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei. Manakala, Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan bagi Kursus Memandu Kelas 6 sesi 2019 disandang oleh 13476 Sarjan (Udara) Roshirmy bin Hj Abu Bakar unit Tentera Udara Diraja Brunei.
 
Pengisisan majlis tersebut, Tetamu Kehormat Majlis mengucapkan tahniah kepada semua peserta kursus diatas usaha yang jitu serta dedikasi mereka semasa menghadiri kursus masing-masing. Disamping itu juga, Tetamu Kehormat Majlis juga menasihatkan serta menekankan pentingnya menjaga disiplin, berwibawa dalam menegakkan kebenaran, menjaga kebajikan anggota yang dipimpin serta keluarga mereka.  Peserta-peserta kursus juga diseru agar sentiasa berfikiran jauh ke hadapan dalam usaha meningkatkan keuapayan diri. Adalah diharapkan dengan adanya kursus-kursus ini, anggota-anggota ABDB dibekalkan dengan kemahiran yang dinamik dan berkemampuan berfikir di luar kotak serta mempunyai semangat yang tinggi dalam merealisasikan visi dan misi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

IMG-20190923-WA0022.jpg
IMG-20190923-WA0023.jpg
IMG-20190923-WA0027.jpg
IMG-20190923-WA0024.jpg
IMG-20190923-WA0028.jpg
IMG-20190923-WA0021.jpg
IMG-20190923-WA0020.jpg
IMG-20190923-WA0018.jpg
IMG-20190923-WA0025.jpg
IMG-20190923-WA0026.jpg