Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

SESI PERMUZAKARAHAN DAN PENYAMPAIAN TAKLIMAT DARIPADA PEMERINTAH GARISON BERSAMA PENGHUNI-PENGHUNI PENANJONG GARISON

muzakarah 1.jpgPENANJONG GARISON, Ahad, 22 September 2019 – Sesi Permuzakarahan dan taklimat bersama Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman, Pemerintah Garison Perkhemahan Penanjong bersama penghuni-penghuni Penanjong Garison telah diadakan pada hari Ahad, 22 September 2019 bertempat di Dewan Nikmat Penanjong Garison. 

Sesi perjumpaan tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan penyampaian taklimat yang bersangkut paut dengan Sekuriti, Kesihatan Keselamatan Kerja (KKK), Keselamatan Bomba, Unit Kesihatan Alam Sekitar (Hygiene) dan taklimat Perumahan. Takilimat-taklimat berikut telah disampaikan oleh ahli-ahli panel yang terdiri dari pegawai-pegawai Institut Latihan ABDB dan pegawai-pegawai jemputan.

muzakarah 3.jpg
Antara tujuan dalam sesi permuzakarahan tersebut adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silatulrahim diantara penghuni-penghuni disamping mendengar penyampaian taklimat. Di dalam taklimat tersebut juga di berikan penerangan mengenai hala tuju dan projek-projek yang akan dilaksanakan di masa akan datang dan mengetahui dari penghuni-penghuni perkara-perkara yang menjurus kepada permasalahan pemeliharaan  perumahan mereka.

Semasa sesi permuzakarahan tersebut, Yang mulia Pemerintah Garison telah menekankan kepada semua penghuni-penhuni yang hadir untuk bersama-sama bertanggungjawab menjaga persekitaraan kawasan perumahan masing-masing dalam keadaan bersih dan teratur disamping sentiasa berhubung dengan pihak yang berkenaan jika timbul isu atau permasaalahan mengenai dengan pemeliharaan perumahan mereka. Sesi  tersebut diakhiri dengan sesi soal-jawab diantara penghuni-penghuni, ahli-ahli panel dan Pemerintah Garison.

muzakarah 2.jpg