Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

SESI PERJUMPAAN YANG MULIA KOMANDAN IL ABDB BERSAMA REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE 165
PENANJONG GARISON, ISNIN 02 SEPTEMBER 2019 – Sesi perjumpaan Yang Mulia Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, bersama Rekrut Lelaki Pengambilan ke 165 telah berlangsung pada petang Isnin bertempat di Dewan Nikmat, Penanjong Garison. Sesi perjumpaan tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dimulakan oleh 19317 Kpl (U) Abdul Qawi bin Haji Duraim.

Antara intipati yang terkandung dalam sesi perjumpaan tersebut menyentuh tentang keperibadian yang harus (perlu) ada pada diri seorang rekrut untuk menjadi seorang anggota tentera yang berkeperibadian baik. Empat perkara asas yang dititikberatkan oleh Yang Mulia Komandan IL ABDB adalah Sifat Jujur, Kerjasama, Kesihatan Diri (personal hygyne) dan juga Kecergasan (jasmani) . Sesi perjumpaan tersebut diakhiri dengan surah Al-Asr.

Dengan adanya sesi perjumpaan ini mencerminkan keperihatinan Yang Mulia Komandan terhadap kemaslahatan serta kesejahteraan rekrut-rekrut dan pada masa yang sama membuka ruang untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama anggota IL ABDB.