Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

KUNJUNGAN PANGLIMA TENTERA DARAT MALAYSIA KE INSTITUT LATIHAN ABDB

‚ÄčPENANJONG GARISON, Jumaat 23 Ogos 2019 - Yang Berbahagia Jeneral Dato Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi, Panglima Tentera Darat Malaysia telah membuat kunjungan ke Penanjong Garison berserta rombongan. 

Ketibaan Yang Berbahagia Dato di Pusat Latihan Simulasi atau Training Simulation Centre (TSC), Penanjong Garison telah dialu-alukan oleh  Yang Mulia Kol (B) Muzri Haji Mokhsin, Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Teknikal Diraja Brunei (RBTS).

Selepas sesi taklimat, rombongan menyaksikan latihan simulasi menembak mertak yang mana bilik kawalan tersebut direka khas untuk melatih dan menguji kecekapan anggota tentera yang bertugas sebagai Seksyen Mertak. 

Turut dipamerkan ialah bilik utama bagi demonstrasi Small Arms Training Simulator (SATS). Rombongan juga berpeluang menyaksikan pengendalian latihan menembak simulasi dan juga berkesempatan untuk mencuba sendiri latihan tersebut. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Rombongan Yang Berbahagia Dato turut berkesempatan melawat Kompleks FIBUA  yang disambut oleh Timbalan Komandan IL ABDB. Yang Berbahagia Dato serta rombongan juga berkesempatan melihat bilik kawalan yang terdapat di bangunan Tower FIBUA diikuti dengan menandatangani lembaran kenangan serta bergambar ramai.