Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP KURSUS PENYELANGGARA STOR PELURU UNIT SESI 2019
PENANJONG GARISON, JUMAAT 23 OGOS 2019. Majlis Penutup Kursus bagi Penyelanggara Stor Peluru Unit Sesi 2019 telah diadakan di Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).

Seramai 13 anggota telah menamatkan kursus tersebut yang terdiri daripada 02 anggota Tentera Darat Diraja Brunei, seorang anggota daripada IL ABDB dan Kementerian Pertahanan, 02 anggota daripada Rejimen Pasukan Khas manakala seramai 07 anggota daripada Pasukan Polis Diraja Brunei. Kursus Penyelanggara Stor Peluru Unit ini telah berjalan selama 4 minggu bermula 29 Julai 2019 yang telah dikendalikan oleh Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan menyampaikan Sijil-sijil kepada peserta kursus ialah Pegawai Teknikal Peluru Markas Kumpulan Peluru Depoh Logistik KBK TDDB. Penuntut terbaik keseluruhan telah disandang oleh 18673 LKpl Md Hazim bin Awg Mahli dari unit Rejimen Pasukan Khas.