Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

SESI PERMUZAKARAHAN BERSAMA YANG MULIA KOMANDAN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

PENANJONG GARISON, Khamis, 15 Ogos 2019 – Sesi Permuzakarahan bersama Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) bersama Pegawai-pegawai peserta Intermediate Officer’s Tactic Course (IOTC) bagi tahun 2019 telah diadakan pada hari Khamis, 15 Ogos 2019 bertempat di Bilik Kuliah, Sekolah Infantri, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. 

Kursus ini dihadiri oleh 19 Pegawai-pegawai dari Angkatan. Bersenjata Diraja Brunei yang terdiri daripada 8 Pegawai daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), 1 Pegawai dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), 3 daripada IL ABDB dan 7 daripada Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) masih menjalani kursus bermula pada 8 Julai 2019 sehingga 30 Ogos 2019.

Semasa sesi Permuzakarahan tersebut, Yang Mulia Komandan IL ABDB telah menekankan kepada semua peserta kursus untuk sentiasa bersikap profesional dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab serta semasa membuat apa jua penugasan yang diberikan. Beliau juga telah menekankan beberapa aspek utama iaitu Profesionalisme, Disiplin, Kebajikan dan Kemahiran yang mana perkara-perkara ini adalah mustahak untuk diamati oleh para kursus khususnya apabila mereka sudah menamatkan kursus dan kembali ke unit masing-masing. Yang Mulia Komandan IL ABDB turut menitik-beratkan perlaksanaan segala ilmu dan pengetahuan yang telah dipelajari semasa kursus agar dipraktikkan di dalam perkhidmatan sebagai seorang pegawai tentera, terutama sekali yang bersangkut-paut dengan aspek Kepimpinan.


Sesi Permuzakarahan tersebut diakhiri dengan sesi soal-jawab diantara Komandan IL ABDB dan peserta IOTC 2019 dan sesi bergambar ramai.