Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL BAGI KURSUS KERANI ASAS SESI 2019

DSC_0188.jpgPENANJONG GARISON, Khamis, 15 Ogos 2019 – Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Kerani Asas bagi Anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Anggota Simpanan Gurhka telah sempurna dilaksanakan di Bilik Persidangan Cawangan Latihan Kerani Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB Penanjong Garison.

Tetamu Kehormat pada Majlis tersebut ialah 817 Mejar Haji Mohd Fadhil bin Dato Paduka Haji Mohd Said, Pemangku Pegawai Pemerintah, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB. Turut hadir bagi Majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Kerani dari Unit ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Baqarah ayat 616 hingga 617 dan seterusnya penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta kursus seramai 20 anggota dan menutup Rasmi Kursus. 

Pelajar Terbaik Keseluruhan disandang oleh 21561 Kpl Anney Fauzilla binti Jabih dari Markas Khidmat Perubatan & Kesihatan, KBK TDDB, Pelajar Terbaik Amali disandang oleh 50167 Sld Md Aiman Nur Arif bin Aminarif dari Kompeni E Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei, Pelajar Terbaik Akademik disandang oleh 5331 SG Jhalak Bahadur dari Askar Simpanan Gurkha manakala pelajar Terbaik Kemahiran Menaip disandang oleh 51232 Ls Md Hafizuddin @ Isra Yasrin bin Md Saifuddin dari Sel Inspektorat, Tentera Laut Diraja Brunei.

Dalam ucapan Tetamu Kehormat menasihatkan para peserta kursus ini untuk memastikan para peringkat rendah kerani mengenali analisa dan mendalami proses pembentukan dasar yang dapat menjadi satu kemahiran asas dalam kerjaya seseorang kerani dan penolong ketua kerani, sebelum memikul tanggungjawab yang lebih berat menerusi jawatan seterusnya. 

asaskerani.jpg