Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KEPIMPINAN SARJAN SIRI 1/2019 & KURSUS ELEMENTARY ENGLISH SIRI 1/2019

IMG-20190808-WA0013.jpgPENANJONG GARISON, KHAMIS, 08 OGOS 2019 -  Majlis Penutupan Kursus Kepimpinan Sarjan Siri 1/2019 dan Kursus Elementary English Siri 1/2019 telah berlangsung di Bilik Halbi, Pusat Evolusi, Institut Latihan ABDB. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Mejar Dayang Siti Nur A’fiqah binti Haji Awang Morsidi, Pegawai Memerintah Pusat Evolusi IL ABDB. Turut hadir ialah pegawai-pegawai, guru-guru, Pemangku Sekolah Sarjan Mejar, jurulatih-jurulatih, dan ahli tetap Pusat Evolusi IL ABDB.

Kursus Kepimpinan Sarjan pula telah dijalankan selama 4 minggu, iaitu bermula pada 16 Julai hingga 09 Ogos 2019. Seramai 57 orang anggota telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 37 anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei, 06 anggota dari Institut Latihan ABDB, 02 anggota dari Akademi Pertahanan, 01 anggota dari Rejimen Pasukan Khas dan 11 anggota dari Kementerian Pertahanan.

Anugerah Penuntut Terbaik Akademik telah disandang oleh 17215 P/Sjn Shahfaizal bin Haji Hamidon, manakala Anugerah Penuntut Terbaik Penerbitan Esei Individu diterima oleh 15034 P/Sjn Ak Haji Mohd Amirul bin Pg Haji Metussin. Anugerah Penuntut Terbaik Pembentangan Esei Individu sekaligus menerima Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan bagi Kursus Kepimpinan Sarjan Siri 1/2019 disandang oleh 16768 P/Sjn Mohd Azri bin Abd Latif. 

Melalui kursus ini, peserta kursus akan dapat membentuk dan membina keupayaan untuk membina identiti sebagai seorang pemimpin pertengahan yang berkualiti sekaligus meningkatkan kredibiliti diri untuk memimpin anggota bawahan dengan berkeyakinan, komited dan efisien. 

Manakala, Kursus Elementary English Siri 1/2019 telah dijalankan selama 4 minggu bermula pada. 16 Julai hingga 09 Ogos 2019. Seramai 28 orang anggota telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 14 anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei, 02 anggota dari Institut Latihan ABDB, 01 anggota dari Akademi Pertahanan, 02 anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei, 03 anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei dan 06 anggota dari Kementerian Pertahanan.

Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh 51023 Sld Muhammad Hafiz bin Mohamad Noorsam, manakala Anugerah Most Improved Student pula diterima oleh 51553 Sld (U) Mohammad Edy Shahree bin Zulaimi. 

Melalui kursus ini, peserta kursus diajarkan agar berkebolehan untuk berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris dengan baik sama ada secara lisan mahupun bertulis. Pelbagai aktiviti telah diungkayahkan bagi mencapai objektif kursus seperti latihan menulis, bertutur, membaca, tatabahasa dan ujian.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Ayat Suci Al-Quran diikuti dengan ucapan daripada wakil peserta Kursus Kepimpinan Sarjan Siri 1/2019 dan Kursus Elementary English Siri 1/2019 dan seterusnya penyampaian sijil dan penutupan rasmi kursus yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis dan diakhiri dengan bacaan doa penutup serta sesi bergambar ramai. 

IMG-20190808-WA0014.jpg
IMG-20190808-WA0013 (1).jpg

CLOSING CEREMONY OF SERGEANT LEADERSHIP COURSE SESSION 1 / 2019 AND ELEMENTARY ENGLISH COURSE SESSION SESSION 1 / 2019

PENANJONG GARRISON, Friday, February 22, 2019. The Closing Ceremony for Sergeant Leadership Course Session 1/2019 and Elementary English Course Session 1/2019 was held in Halbi Lecture Room, Evolution Center, Training Institute RBAF. Present as guest of honor at the event was Yang Mulia Major Dayang Siti Nur A’fiqah binti Haji Awang Morsidi. Also present were officers, teachers, instructors, Acting School Sergeant Major and Senior Rank. 

Sergeant Leadership Course Session 1/2019 was held for 4 weeks, starting on 16 July until 09 August 2019. A total of 57 course participant attended this course which consists of 37 members from the Royal Brunei Land Forces, 06 members of the Training Institute RBAF, 02 from Defence Academy RBAF and 01 members from Special Force Regiment and 11 from Ministry of Defense.

Best Student in Academic was held by 17215 A/Sjn Shahfaizal bin Haji Hamidon while Best Student in Essay Writing was given to 15034 P/Sjn Ak Haji Mohd Amirul bin Pg Haji Metussin. Best Student in Essay Presentation as well as Best Student Overall for Sergeant Leadership Course Session 1/2019 was awarded to 16768 P/Sjn Mohd Azri bin Abd Latif. Through this course, the course participants will be able to form and develop the credibility to build their identity as a leader with quality and increase self-confidence and committed to lead their subordinates efficiently.

Whereas, Elementary English Course Siri 1/2019 was conducted for 4 weeks, starting from 16 July until 09 August 2019. A total of 28 course participant attended the course consisting of 14 from Royal Brunei Land Force, 02 from Training Institute RBAF, 01 from Defence  Academy RBAF, 02 from Royal Brunei Navy, 03 from Royal Brunei Air Force dan 06 from Ministry of Defence. 

Best Student Overall was awarded to 51023 Pvt Muhammad Hafiz bin Mohamad Noorsam whereas 51553 Sld (U) Mohammad Edy Shahree bin Zulaimi received the Most Improved Student Award. Through this course, course participants are taught the ability to communicate in English both verbally and in writing. Various activities have been conducted in order to achieve the objectives of the training courses such as writing, speaking, reading, grammar and test.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and reading of Quran followed by speech from Sergeant Leadership Course Session 1/2019 and Elementary English Course Session 1/2019 student representatives then continued with the presentation of certificates and official closing of course enhanced by guest of honor and ends with a closing prayer and a photo session.