Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

KEJOHANAN BOLA TAMPAR ASKAR WANITA PERINGKAT ABDB BAGI TAHUN 2019/2020
PENANJONG GARISON, Jumaat 09 Ogos 2019 – Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Kejohanan Bola Tampar Peringkat ABDB bagi tahun 2019/2020 selama tiga hari bermula pada hari Rabu, 7 Ogos 2019 sehingga hari Jumaat, 9 Ogos 2019 bertempat di Dewan Gerak Badan Penanjong Garison yang dikendalikan oleh Institut Latihan ABDB.

Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Mejar Dr Norasiah binti Hj Ahmad, Pegawai Perubatan, Pusat Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei sebagai Tetamu Kehormat.

Kejohanan tersebut telah disertai oleh  pasukan-pasukan dari unit Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Institut Latihan ABDB (IL ABDB) dan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).

Manakala, pada penutup kejohanan tersebut Leftenan Kolonel Mardiana binti Haji Tuah, Pegawai Turus Pelajaran, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan hadir selaku Tetamu Kehormat bagi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota–anggota Askar Wanita ABDB.

Pasukan dari Kementerian Pertahanan telah menjuarai perlawanan Kejohanan Bola Tampar Askar Wanita peringkat ABDB setelah menewaskan pasukan bola tampar dari Institut Latihan ABDB di tempat kedua. Manakala pasukan bola tampar Tentera Udara Diraja Brunei telah menduduki tempat ketiga dan tempat keempat pula ialah pasukan bola tampar Tentera Darat Diraja Brunei dan tempat kelima pasukan bola tampar Tentera Laut Diraja Brunei. 

Sebagai acara tambahan pada tahun ini, dua unit yang mendapat markah tertinggi iaitu IL ABDB dan KEMENTAH di sepanjang perlawanan Round Robin telah dipertandingkan semasa upacara penutup. 

IL ABDB telah memenangi perlawanan tersebut dan mendapat piala rebutan Top 2 Round Robin manakala Spiker Terbaik Keseluruhan dimenangi oleh 21579 LKpl Noor Azura binti Mohd Salleh daripada KEMENTAH dan Pemain Terbaik Keseluruhan dirangkul oleh 21639 Kpl Dk Siti Noorazimah binti Pg Asmadi daripada TDDB.

Adapun perlawanan ini dibuat adalah untuk mengcungkil bakat-bakat  baru di kalangan Askar Wanita yang berpotensi untuk menjadi pemain peringkat Kementerian bagi mewakili pasukan bola tampar ABDB secara menyeluruh. Perlawanan ini juga dapat memupuk kemesraan dan mengeratkan lagi tali silaturahim melalui sukan bagi unit-unit yang terlibat dengan bersaing secara sihat.
Pembukaan Kejohanan Bola Tampar Askar Wanita Pertingkat ABDB



Penyampaian Hadiah daripada Tetamu Kehormat semasa Upacara Penutup Kejohanan