Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS TAKBIR SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA BAGI TAHUN 1440 HIJRAH
‚ÄčPENANJONG GARISON, Sabtu, 10 Ogos 2019 - Seluruh masjid, surau dan balai ibadat di negara ini melaungkan takbir raya Aidiladha sejurus sempurnanya menunaikan Sembahyang Fardu Isyak dalam menyemarakkan sambutan yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban sebelum Sembahyang Sunat Aidiladha didirikan pada hari berikutnya.

Sehubungan dengan itu Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison menjadi tumpuan gabungan IL ABDB dan Bn Bantu TDDB bagi Majlis Takbir sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha bagi Tahun 1440 Hijrah.

Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Komandan, Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman.

Turut hadir, Yang Mulia Timbalan Komandan,  Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Yang Mulia Pegawai Memerintah Komp Markas Bn Bantu TDDB, Mejar Haji Nafisal @ Dedy bin Haji Salim selaku wakil Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, dan Lain-Lain Peringkat gabungan dari IL ABDB dan Bn Bantu TDDB.

Terdahulu, acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Surau Al-Hikmah diikuti dengan takbir raya.