Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PEMBUKAAN MAJLIS KERANI LANJUTAN SESI 2019 DI CAWANGAN LATIHAN KERANI
thumbnail_IMG-20190805-WA0022.jpg
PENANJONG GARISON, Isnin, 05 Ogos 2019– Pembukaan Majlis Kerani Lanjutan Sesi 2019, Cawangan Latihan Kerani Lanjutan, Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB.

Seramai 21 anggota tentera telah mengikuti kursus ini yang terdiri dari TDDB seramai 07 anggota, TLDB seramai 02 anggota, TUDB seramai 04 anggota, IL ABDB seramai 03 anggota, Akedemi Pertahanan seramai 02 anggota dan   KEMENTAH seramai 03 anggota. Kursus ini dijalankan selama 06 minggu bermula 02 Ogos 2019 hingga 12 September 2019. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan serta melayakkan PTB-PTB Rendah supaya berkemahiran dan berpengetahuan di dalam tatacara pengendalian perkeranian.

Tetamu Kehormat bagi Pembukaan Majlis Kerani Lanjutan Sesi 2019 telah diresmikan oleh Yang Mulia 983 Kapten Majiidah binti Haji Sidek, Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB. Yang turut hadir Jurulatih Kanan, Ketua Jurulatih, Jurulatih-jurulatih dan peserta kursus.

Yang Mulia Tetamu Kehormat dalam ucapannya menyatakan dengan menghadiri kursus ini para peserta kursus secara langsung telah mendapat ilmu pengetahuan bagi berkelayakan untuk mengendalikan perkeranian sebagai bakal yang berjawatan PTB Kanan dengan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi semasa berkursus secara professional dan menjalankan tugas secara efektif mengikut dasar-dasar yang telah ditetapkan.

Tetamu kehormat juga memberi sedikit nasihat kepada peserta kursus supaya jangan cuai dan jangan lalai dalam menjalankan tugas kerana ianya akan mejejaskan keperluan dan kebajikan anggota. Disamping itu juga peserta kursus yang berkursus di Institut Latihan ABDB ini bukan hanya untuk mendapatkan sijil semata-mata tetapi ilmu dan Pengetahuan yang ditimba di Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB hendaklah di implementasikan sebaik mungkin apabila balik ke unit masing-masing. Jika seorang itu mempunyai ilmu tetapi ilmunya tidak digunakan kepada perkara berfaedah ianya sesuatu yang sia-sia.

Acara bagi Pembukaan Majlis Kerani Lanjutan Sesi 2019 diakhiri dengan bacaan doa penutup dan sesi bergambar ramai.


thumbnail_IMG-20190805-WA0023.jpg