Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS MENANDATANGANI BORANG UNDANG-UNDANG RAHSIA RASMI BAF 122 BAGI REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-165

122  165   1.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat, 02 Ogos 2019 – Majlis Menandatangani Risalah Keselamatan BAF 122 bagi bakal-bakal Rekrut Lelaki. Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya merasmikan Latihan Asas Ketenteraan Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-165 ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan ABDB.

Majlis tersebut dihadiri oleh para ibu-bapa dan penjaga bakal-bakal rekrut yang akan menjalani latihan asas ketenteraan.  Majlis dimulakan dengan bacaan ikrar secara beramai-ramai dan kemudian menandatangani Borang Undang-Undang Rahsia Rasmi BAF 122 bagi Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-165. Seterusnya ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Seramai 270 anggota Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-165 yang terdiri daripada 140 Rekrut Tentera Darat Diraja Brunei, 65 Rekrut Tentera Laut Diraja Brunei dan 65 Rekrut Tentera Udara Diraja Brunei akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan bermula hari Isnin, 22 Julai 2019 dan dijangka berakhir pada 07 Februari 2020.

88.jpg
photo_2019-08-05_20-54-43.jpg

photo_2019-08-05_20-54-44.jpgphoto_2019-08-05_20-54-43 (2).jpg