Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN KUNJUNGAN DARI DEPUTY COMMANDER-IN-CHIEF OF ROYAL CAMBODIAN ARMED FORCES, COMMANDER OF THE ROYAL CAMBODIAN ARMY
PENANJONG GARISON, Rabu 24 Julai 2019 – Tuan Yang Terutama Leftenan Jeneral Hun Manet, Deputy Commander-In-Chief of Royal Cambodian Armed Forces, Commander of The Royal Cambodian Army telah berkenan membuat kunjungan lawatan ke Penanjong Garison berserta rombongan. Turut hadir ialah Tuan Yang Terutama Ouk Chandara, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary, Royal Embassy of Cambodia.
 
Lawatan tersebut merupakan sebahagian dari rangka lawatan pengenalan Tuan Yang Terutama ke Tentera Darat Diraja Brunei.
 
Ketibaan Tuan Yang Terutama di Kompleks FIBUA, Penanjong Garison telah dialu-alukan oleh Yang Mulia Lt Kol Aldi bin Hj Hassan, Timb Komdn IL ABDB dan seterusnya mendengarkan sesi taklimat mengenai fasilitas yang terdapat di Kompleks FIBUA. Tuan Yang Terutama serta rombongan telah berkesempatan melihat control room yang terdapat di bangunan Tower FIBUA diikuti dengan menandatangani lembaran kenangan serta bergambar ramai.
 
Lawatan diteruskan dengan kunjungan ke Training Simulation Centre (TSC), Penanjong Garison. Ketibaan Tuan Yang Terutama serta rombongan telah dialu-alukan oleh Yang Mulia Lt Kol (B) Haslen bin Hj Hassan, Chief Operator Officer, TSC. Selepas mendengarkan taklimat, rombongan telah dibawa menyaksikan latihan simulasi menembak mertak yang mana bilik kawalan tersebut direka khas untuk melatih dan menguji kecekapan anggota tentera yang bertugas sebagai Seksyen Mertak.
 
Turut diperlihatkan ialah bilik utama bagi demonstrasi Small Arms Training Simulator (SATS). Rombongan juga berpeluang melihat latihan menembak daripada unit TDDB dan telah berkesempatan mencuba menembak menggunakan persenjataan yang ada disana. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.